Faraid



Panduan Asas Pengiraan Faraid

1. Apa itu faraid?

• Pembahagian yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu.
• Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam Surah an-Nisa ayat 11-12.
• Satu tatacara pembahagian yang telah di tetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta umat Islam.
• Mereka yang di sebut di dalam al-Quran di namakan sebagai golongan Ashabul Furud (waris al-Quran)




Syarat mewarisi:
  • Kematian pewasiat (simati)
  • Waris hidup pada masa kematian pewasiat.
  • Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.

Faktor penting Faraid:
  • Siapa mewarisi?
  • Berapa bahagian pewarisan?

Kadar Asas Pembahagian Faraid:
  • Suami – ½: Jika simati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; ¼: Jika simati (isteri) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Isteri – ¼: Jika simati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/8: Jika simati (suami) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Bapa – 1/6: Jika simati mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/6 + asobah: Jika simati tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan)
  • Ibu – 1/6: Jika simati mempunyai anak, @ cucu perempuan daripada anak lelaki ke bawah @ mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan); 1/3 dari keseluruhan harta: Jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak ke bawah; 1/3 dari baki harta: Jika simati meninggalkan salah seorang suami @ isteri dan bapa tanpa waris lain
  • Anak Perempuan – 1/2: Jika seorang; 2/3: Jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
  • Anak Lelaki – 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang; Dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1

Baitul Mal:

• Terjemahan secara bahasanya ialah Rumah Harta 

• Suatu badan yang memegang dan menguruskan harta bagi orang-orang Islam setiap negeri 
• Sumber pendapatan adalah daripada pungutan zakat, cukai, pewarisan harta dsb.
• Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka 
• Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan tiada ada waris asabah (baki).
• Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.

Peraturan Pembahagian Harta Pusaka:

Pertama, waris Ashabul Furud (Quranic Heirs) akan mendapat bahagian mereka yang ditetapkan oleh Al-Quran.
Kemudian, waris Asabah (Residue Heirs) akan mendapat baki harta yang tinggal setelah waris Ashabul Furud mengambil bahagian mereka.
Waris Asabah Lelaki akan mendapat semua bahagian/harta si mati sekiranya mereka bersendirian(tiada waris lain).

Peraturan Terdinding Daripada Mewarisi:

Taraf pertalian yang hampir menghalang pertalian yang jauh (cth: anak lelaki MENGHALANG anak lelaki kepada anak lelaki)
Orang yang terkemudian terhalang dengan kewujudan orang yang lebih awal (cth: bapa MENGHALANG abang) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu Ibu tidak menghalang saudara lelaki dan saudara perempuan.
Pertalian darah penuh menghalang pertalian darah separa (cth: saudara perempuan seibu sebapa MENGHALANG saudara sebapa) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu saudara seibu tidak terhalang sama sekali)

Hilang Hak Mewarisi:

BERLAINAN AGAMA. Menurut Syari’ah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.

Harta Yang Dikira Sebagai Harta Pusaka:

Semua barang atau benda yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara halal melalui proses jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah, atau sedekah dan sebagainya.
Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati.
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
Dividen/faedah yang diterbitkan daripada harta simati.
KWSP
Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh simati semasa hayatnya.
Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya seperti perniagaan,saham,takaful dll.

Harta Yang TIDAK Dikira Sebagai Harta Pusaka:

Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
Harta yang telah dijual oleh simati.
Harta yang telah diwakafkan,
Harta yang dipegang amanah,
Khairat kematian,
Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian,
Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP
Imbuhan,pampasan & saguhati,
Pencen terbitan,
Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969